Buat Temujanjani Harini Dan Dapatkan Diskaun Untuk Setiap Konsultansi

Glaukoma merupakan penyakit mata yang merosakkan saraf optik. Saraf optik merupakan satu saluran yang membawa imej yang dilihat pada mata ke otak. 

Kerosakan ini selalunya disebabkan oleh tekanan tinggi yang luar biasa pada mata anda. 

Tanpa rawatan yang betul, kerosakkan ini boleh menjejaskan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan kekal.

Bayangkan hari ini anda dapat melihat tanpa sebarang masalah tetapi minggu hadapan penglihatan anda semakin mengecil hingga yang tinggal hanyalah kegelapan. 

Glaukoma merupakan satu kondisi mata yang boleh terjadi semua orang tanpa mengira bangsa, agama dan umur. 

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, tanda-tanda awal dan cara pencegahan.

Jenis-Jenis Penyakit Glaukoma

Glaukoma terbahagi kepada 2 jenis, iaitu: 

  1. Glaukoma Sudut Tertutup

Glaukoma Sudut Tertutup terjadi apabila sistem pengaliran cecair dalam mata pesakit tersumbat. Ini sering terjadi apabila pesakit mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza daripada struktur normal. 

Sekiranya rawatan pencegahan tidak dilakukan, Glaukoma Sudut Tertutup seringkali akan membawa kepada serangan glaukoma akut; apabila tekanan dalam biji mata yang naik dengan mendadak. 

  1. Glaukoma Sudut Terbuka

Glaukoma Sudut Terbuka pada pandangan ramai lebih menakutkan dari Glaukoma Sudut Tertutup. 

Ianya kerana pesakit glaukoma jenis ini mengalami gejala kehilangan penglihatan secara perlahan dan tidak sakit. Lantas, ia juga boleh berlaku tanpa disedari oleh pesakit sendiri. 

Tanpa disedari oleh pesakit sendiri, bahagian mata pesakit sedang mengalami pengecutan medan penglihatan, tekanan bola mata meningkat, dan kerosakan pada saraf optik terus berlaku. 

Punca Glaukoma

Pada mulanya, glaukoma biasanya tidak mempunyai sebarang gejala. Itulah sebabnya separuh daripada orang yang mengidapnya tidak tahu bahawa mereka menghidapnya.

Namun, lama kelamaan pesakit mungkin akan perlahan-lahan kehilangan penglihatan, biasanya bermula dengan penglihatan sisi (periferi). Terutamanya, bahagian penglihatan anda yang paling hampir dengan hidung. 

Disebabkan itu, ramai orang tidak dapat memberitahu bahawa penglihatan mereka berubah pada mulanya.

Tetapi apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit akan mula menyedari bahawa mereka tidak dapat melihat perkara di sebelah atau sisi mereka dengan senang. 

Tanpa rawatan, glaukoma akhirnya boleh menyebabkan buta kekal. 

Berikut merupakan gejala-gejala glaukoma;

  1. Melihat lingkaran cahaya di sekeliling lampu
  2. Kehilangan penglihatan
  3. Mata merah
  4. Keputihan/jerabu kornea
  5. Sakit mata
  6. Tompok-tompok buta pada dalam atau pusat penglihatan
  7. Penglihatan terowong
  8. Sakit kepala yang teruk

Kurangkan Risiko Glaukoma

Anda tidak boleh mencegah glaukoma. Tetapi jika anda dapat mengesan tanda-tanda awal, anda boleh mengurangkan risiko kerosakan mata anda. Ikuti langkah-langkah ini boleh membantu melindungi penglihatan anda:

  • Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

pemeriksaan mata

Lebih cepat doktor anda mengesan tanda-tanda glaukoma, lebih cepat anda boleh memulakan rawatan. Jadikan pemeriksaan mata satu kebiasaan buat anda dan keluarga anda. 

Semua orang dewasa perlu diperiksa untuk glaukoma setiap 3 hingga 5 tahun. 

Manakala, mereka yang berumur 40 tahun keatas dan mempunyai sejarah keluarga menghidapi glaukoma wajar mendapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 1 hingga 2 tahun.

Selain itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau berisiko menghidap penyakit mata yang lain, anda mungkin perlu pergi lebih kerap.

  • Ketahui sejarah keluarga anda

Kebarangkalian untuk mendapat glaukoma lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga. 

Tanya saudara-mara anda sama ada mana-mana daripada mereka telah didiagnosis dengan glaukoma. 

  • Ikut arahan doktor anda

Jika mereka mendapati anda mempunyai tekanan mata yang tinggi, mereka mungkin memberi anda titisan untuk mencegah glaukoma.

  • Senaman

senaman

Lakukan aktiviti sederhana seperti berjalan atau berjoging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.

  • Lindungi mata anda

rawatan mata

Gunakan cermin mata pelindung semasa bermain sukan atau bekerja pada projek pembaikan rumah.

Dengan rawatan yang berkesan glaukoma boleh dikawal. 

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan. Terdapat beberapa bentuk rawatan termasuk penggunaan ubatan, rawatan laser dan akhir sekali rawatan pembedahan.

Rawatan membantu menurunkan tahap tekanan mata samada menggalakan pengaliran cecair keluar dari bola mata atau mengurangkan pembentukan cecair oleh tisu mata.

Selain itu, mengesan tanda-tanda awal dan mengamalkan Langkah-langkah pencegahan mampu membawa perbezaan yang besar.

Memandangkan kebanyakan pesakit glaukoma tidak merasai gejalanya terutama jenis sudut terbuka, pemeriksaan mata sangatlah penting untuk mengesan penyakit glaukoma.

Sudahkan anda melakukan pemeriksaan mata? Dapatkan khidmat Optom Mobile sebagai pakar mata anda! 

Optom Mobile ialah Pusat Pakar Optometri yang meletakkan penyelesaian masalah penglihatan pelanggan sebagai misi nombor satu mereka. 

Antara rawatan yang mereka sediakan adalah seperti berikut: 

– Pemeriksaan Rabun

– Masalah Juling

– Saringan Saraf Mata 

– Saringan Katarak/Glaukoma

– Konsultasi Optometris

Kini mempunyai 4 cawangan diseluruh Malaysia, anda boleh memilih cawangan yang terdekat untuk mendapatkan konsultansi daripada pakar optometris untuk masalah mata anda dengan mudah. 

Buat temujanji harini di Optom Mobile atau hubungi 017-700 0696. Jangan tunggu lagi! 

DAPATKAN PEMERIKSAAN MATA GLAUKOMA SEKARANG!