Jika anda mula rasa bosan pakai cermin mata yang sama atau sudah lama tidak menjalani pemeriksaan mata, mesti tercari-cari di Google ‘kedai cermin mata near me’, bukan?
Agak rumit juga nak mendapatkan jenis bingkai, lens, dan warna yang menepati cita rasa serta harga mampu milik.
Pemakaian atau penggantian spek terutama bagi masalah rabun mata memerlukan pertimbangan yang rapi.
Bukan sahaja untuk penglihatan mata yang lebih jelas malah boleh mempengaruhi riak muka dan penampilan diri.
Buat anda yang sedang menghadapi masalah penglihatan seperti rabun, kami akan berkongsi beberapa info penting mengenainya serta kedai cermin mata near me sekitar Wangsa Maju.
Terus membaca.
Definisi Rabun Mata
Rabun mata ialah malasah penglihatan yang tidak jelas. Ia disebabkan oleh mata yang tidak dapat membiaskan cahaya yang masuk melalui kornea.
Jika mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik, maka, ia akan menyebabkan penglihatan menjadi tidak jelas dan kabur.
3 Jenis Masalah Rabun Mata
Rabun Jauh
Rabun jauh adalah disebabkan kornea terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ia menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukan ke atas retina.
Masalah rabun jauh atau myopia boleh dikesan pada usia masih muda.
Sekiranya individu terbabit tidak menjaga mata dengan baik, masalah ini akan menjadi lebih teruk apabila usia semakin meningkat.
Antara simptom-simptom rabun jauh ialah:
- Penglihatan menjadi kabur apabila melihat objek jarak jauh
- Individu perlu mengecilkan mata
- Terasa sakit kepala disebabkan memaksa mata untuk fokus
- Tidak dapat melihat dengan jelas ketika waktu malam (seperti memandu pada malam hari)
Rabun Dekat
Rabun dekat dikenali sebagai hyperopia. Masalah ini timbul apabila individu tidak dapat melihat objek pada jarak dekat dengan jelas.
Ia terjadi disebabkan bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek. Maka, cahaya lebih tertumpu ke bahagian belakang retina.
Rabun Silau
Rabun silau atau astigmatism adalah disebabkan bentuk kornea yang tidak sekata. Ia membiaskan cahaya ke arah yang berbeza di dalam organ mata.
Selain itu, masalah rabun ini boleh dialami bersama jenis-jenis rabun yang lain seperti rabun jarak dekat dan jauh.
Simptom-simptom rabun silau adalah seperti berikut:
- Penglihatan yang kabur
- Rasa tidak selesa pada mata
- Pening kepala
- Sukar untuk melihat pada waktu malam
- Perlu mengecilkan mata ketika melihat objek
Tips Sebelum Membeli Cermin Mata
Buat pemeriksaan mata
Tips pertama sebelum anda membuat pembelian cermin mata ialah anda perlu menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu bersama optometris.
Ini bertujuan agar dapat ketahui tahap penglihatan dan jenis cermin mata yang diperlukan.
Pemeriksaan mata digalakkan untuk dilakukan secara berkala iaitu setahun sekali terutama bagi penghidap rabun.
Tanya pilihan lens dan harga
Anda digalakkan untuk bertanya kepada jurujual mengenai jenis-jenis lens serta fungsinya.
Hal ini kerana setiap jenis lens mempunyai kegunaannya tersendiri dan mempunyai harga yang berbeza.
Pilih bingkai bersesuaian saiz muka
Buat pengetahuan anda, bingkai cermin mata memainkan peranan yang penting kerana ia boleh menentukan raut wajah si pemakai.
Antara bentuk dan jenis bingkai cermin mata yang ada ialah:
- Bulat
- Petak
- Rimless
- Cat-eyed dan banyak lagi.
Pemilihan bingkai yang sesuai dengan muka menjadi keutamaan sebelum membuat pembelian.
Ini kerana tidak semua ketebalan dan corak bingkai sesuai dengan setiap bentuk muka dan tona kulit.
Tidak hairan ada yang mengambil masa terlalu lama untuk memilih jenis bingkai yang tepat.
Sedikit tips tambahan adalah elakkan memilih bingkai yang terlalu besar di bahagian pelipis mata antara dahi dan telinga.
Sekiranya, anda mempunyai pilihan cermin mata yang berkenan di kedai cermin mata, anda boleh cuba memakainya di hadapan cermin di kedai.
Anda boleh meminta pendapat daripada jurujual dan orang yang menemani anda ke kedai cermin mata.
Kedai Cermin Mata Sekitar Wangsa Maju
Masdi Hazli Optometrist
Pusat optometri dan cermin mata yang menjalankan pemeriksaan ke atas mata dan penglihatan serta mencadangkan rawatan dan pengurusan yang holistik.
Ini termasuk juga alat bantuan seperti cermin mata atau kanta sentuh, terapi penglihatan dan preskripsi ‘Lifestyle Modification’.
Bukan sekadar kedai cermin mata, malah, kedai ini komited bagi memastikan kualiti penglihatan setiap pelanggan terjaga baik sepanjang usia.
Zysfa Eyewear
Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang optik iaitu lebih daripada 30 tahun.
Terdapat pemilihan pelbagai bingkai yang cantik dan kanta yang selesa.
Semuanya berkualiti untuk keselesaan maksimum bagi menjalani aktiviti seharian.
Anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma sahaja.
Optom Mobile – Klinik Optometris
Optom Mobile bukan sekadar kedai cermin mata yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata.
Ia turut mempunyai perkhidmatan yang lain seperti:
- Pemeriksaan mata juling
- Saringan saraf mata
- Pemeriksaan masalah mata alahan cahaya
- Saringan katarak/glaukoma
- Konsultasi optometris
Sangat berbaloi, bukan? Anda boleh menjalani saringan kesihatan mata sambil membuat cermin mata baharu.
Dengan ini, pemilihan cermin mata adalah lebih tepat dan memenuhi keperluan anda.
Kedai cermin mata sudah beroperasi melebihi 12 tahun. Maka, pekerja di sini amat mahir dalam selok-belok kesihatan mata.
Mereka juga amat komited dalam membantu anda mengenai penjagaan mata, pemilihan spek dan sebagainya.
Kalau lihat di Google Review, pelanggan gemar datang ke sini atas sebab layanan yang baik, sopan, dan penerangan mengenai kesihatan mata yang sangat terperinci.
Buat anda yang menghidapi masalah rabun, pastikan anda dapatkan saringan mata dengan pihak yang bertanggungjawab dan bertauliah.
Ini bertujuan untuk mengelak daripada perbelanjaan wang yang banyak dan bahaya kepada tahap kesihatan tubuh badan.
Oleh itu, jom dapatkan saringan kesihatan mata dan cermin mata baru di Optom Mobile.
Berdasarkan info-info di atas, Optom Mobile merupakan kedai cermin mata yang terbaik dan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda.
Jangan risau, kedai cermin mata ini bukan hanya ada di Wangsa Maju sahaja.
Ia turut berada di lokasi-lokasi berikut:
- Jerteh
- Bandar Jerteh
- Kuala Terengganu
Untuk membuat sebarang janji temu, anda boleh hubungi kami dengan menekan pautan di bawah ini: