Buat Temujanjani Harini Dan Dapatkan Diskaun Untuk Setiap Konsultansi

Katarak Mata: Simptom-simptom dan Cara Merawatnya

katarak mata

Share This Post

Katarak mata atau penyakit selaput mata sering dikaitkan dengan golongan yang semakin berusia.

Kekaburan penglihatan adalah disebabkan oleh kekeruhan kanta yang menghalang cahaya yang mencukupi masuk pada mata. 

Lebih membimbangkan apabila ada yang tidak sedar bahawa dirinya sedang mengalami penyakit mata ini. 

Mereka mula sedar apabila simptom berlarutan teruk yang mana mengganggu keselesaan penglihatan. Akibatnya, ia boleh menjejaskan aktiviti harian seperti membaca, memandu atau menonton TV.

Malah, sekiranya anda lewat menerima rawatan yang wajar, ia boleh menyebabkan buta. 

Jadi, artikel ini akan berkongsi beberapa info penting mengenai katarak mata seperti simptom-simptom dan cara merawatnya. 

Maksud Katarak Mata

katarak mata

Katarak mata merujuk kepada kawasan bahagian mata iaitu lensa mata yang jernih menjadi keruh atau berkabut. 

Ia terjadi kerana mata tidak dapat memfokuskan cahaya lalu menyebabkan penglihatan menjadi kabur. 

Lazimnya, katarak mata dikaitkan akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit tertentu atau pengambilan ubat yang salah.

Rawatan pembedahan disyorkan jika penglihatan mula terganggu teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian. 

Mungkin ada yang bertanya, adakah masalah katarak mata ini tidak boleh “ditangani” dengan hanya bergantung pada pemakaian cermin mata?

Jawapannya adalah jika katarak mata berada pada tahap yang kronik, maka, pemakaian cermin mata sahaja tidak mencukupi.

Simptom- Simptom Katarak Mata

masalah katarak mata

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi simptom-simptom katarak mata. Ia berlaku jika anda membiarkan masalah ini berlarutan tanpa mengambil sebarang rawatan. 

Simptom-simptom itu adalah: 

  1. Pemandangan mata yang kabur berterusan. 
  2. Pemandangan mata menjadi lebih teruk apabila waktu malam. 
  3. Mata menjadi sensitif terhadap cahaya seperti lampu kereta dan cahaya matahari. 
  4. Pemandangan seoalah-olah menjadi dua. 
  5. Memerlukan lampu yang terang untuk membaca. 

Jenis Masalah Katarak Mata

masalah katarak mata

Buat pengetahuan anda, masalah katarak mata terbahagi kepada beberapa jenis-jenis iaitu: 

  •  Katarak yang berlaku dibahagian tepi kanta

Nama lain adalah cortical cataract

Katarak ini bermula dengan keputihan yang berlaku dibahagian tepi kanta dan merebak ke bahagian tengah lalu mengganggu penglihatan.

  •  Katarak yang berlaku dibahagian tengah kanta

Nama lain adalah nucleus cataract

Katarak ini terjadi disebabkan oleh rabun jauh. Jika masalah rabun jauh bertambah teruk, kanta akan mula bertukar menjadi warna kuning. 

  •  Katarak yang berlaku pada bayi baru lahir

Nama lainnya adalah congenital cataract. Ia disebabkan virus Rubella yang dihidapi oleh ibu mengandung. 

Disebabkan virus ini, ia boleh mendatangkan masalah katarak mata kepada bayi yang baru lahir.

Masalah ini akan lebih berisiko kepada bayi baru lahir kerana ia boleh mendatangkan masalah kesihatan lain seperti masalah jantung.

Cara Mencegah Katarak Mata

Masalah katarak ini boleh dicegah dari awal dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. 

Selain itu, terdapat tindakan lain yang anda boleh lakukan untuk mencegah masalah ini daripada terjadi. Berikut merupakan langkah pencegahan katarak mata: 

  •  Pemakaian spek mata hitam

Pemakaian spek mata hitam di bawah terik matahari membantu untuk mencegah masalah katarak mata. 

Tetapi, langkah ini tidak boleh dilakukan dengan sebarangan cermin mata hitam. Cermin mata hitam yang anda gunakan perlulah mempunyai perlindungan sinar ultraviolet (UV).

  •  Kurangkan pengambilan karbohidrat

karbohidrat

Langkah kedua untuk mencegah katarak mata ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan seharian. 

Hal ini kerana makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi mempunyai gula di dalamnya. 

Oleh itu, mereka yang kerap mengambil makanan karbohidrat berisiko untuk menghidap masalah katarak mata.

  •  Kurangkan merokok

Perbuatan merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan paru-paru dan jantung. Malah, ia juga boleh menyebabkan kesihatan mata semakin merosot. 

Ini disebabkan asap rokok membebaskan bahan-bahan kimia yang berbahaya dan toksin. 

Oleh itu, elakkan perbuatan kerap merokok supaya penglihatan anda sentiasa terjaga.

  •  Amalan pemakanan sihat

pemakanan sihat

Langkah ini bukan hanya untuk orang mahu mengurangkan berat badan. Ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. 

Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan vitamin E. 

Kedua-dua nutrien ini membantu untuk mencegah masalah katarak mata.

Antara makanan yang mengandungi vitamin C ialah: 

  • Buah-buahan sitrus seperti oren dan anggur
  • Tomato 
  • Buah kiwi 
  • Strawberi 
  • Kentang 

Manakala, untuk makanan yang mengandungi vitamin E

pula ialah bunga matahari, kacang badam, brokoli, dan bayam.

  •  Pastikan bacaan gula terkawal

Buat anda yang menghidap penyakit diabetes, pastikan anda sentiasa mengawasi bacaan gula dalam darah. 

Hal ini kerana bacaan gula yang tinggi boleh menyebabkan lensa mata menjadi bengkak. 

  •  Pemeriksaan mata 

pemeriksaan mata

Yang terakhir sekali adalah pastikan anda menjalani pemeriksaan mata dengan pihak yang boleh dipercayai. 

Dengan ini, anda boleh mengetahui perihal tahap kesihatan mata anda dari masa ke masa. Anda boleh mengambil beberapa langkah penjagaan bagi memelihara daya penglihatan. 

Untuk itu, anda perlu mendapatkan rawatan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau dua tahun. 

Kesimpulannya, penjagaan mata adalah amat penting untuk semua lingkungan umur. 

Untuk itu, pastikan anda mempraktikkan amalan gaya hidup sihat bagi mengurangi risiko menghidap penyakit. 

Jika anda ingin melakukan pemeriksaan mata di pusat pakar optometri, anda boleh hubungi kami di Optom Mobile. 

Optometris kami berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan mata melebihi 12 tahun.

Jadi, kami mahir dalam selok-belok mengenai penjagaan mata dan bersedia untuk membantu anda. 

Antara masalah-masalah yang kami boleh bantu ialah: 

  • Pandangan kabur ketika melihat objek jarak jauh atau dekat 
  • Pening kepala akibat daripada cuba mengekalkan penglihatan yang jelas
  • Perlu mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas 
  • Sukar untuk melihat objek dengan kedua-dua mata 

Jangan risau. 

Kami sudah menyediakan 6 rawatan mata yang boleh mengurangi masalah yang anda hadapi, antaranya ialah: 

  1. Pemeriksaan rabun 
  2. Pemeriksaan masalah mata juling 
  3. Saringan saraf mata 
  4. Pemeriksaan masalah alahan cahaya 
  5. Saringan katarak/glaukoma 
  6. Konsultasi optometris 

Jika anda sedang menghadapi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, usah bertangguh lagi dalam mendapatkan pemeriksaan mata. 

Segera ke Optom Mobile berhampiran untuk mengetahui status kesihatan mata anda sekarang. Berikut merupakan lokasi kami: 

  • Jerteh
  • Bandar Jerteh 
  • Kuala Terengganu 
  • Wangsa Maju 

Tekan pautan di bawah ini untuk membuat tempahan bersama kami. 

Bacaan lain...

Mencari klinik Mata yang dipercayai?