Buat Temujanjani Harini Dan Dapatkan Diskaun Untuk Setiap Konsultansi

Rabun jauh merupakan masalah kesihatan yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat dunia. 

Di negara Asia sahaja, rabun jauh melibatkan 85-90 peratus orang muda yang menghidapi rabun jauh. 

Rabun jauh merupakan masalah penglihatan yang menyebabkan objek yang berada pada jarak yang jauh kelihatan kabur tetapi objek yang dekat masih boleh dilihat dengan jelas. 

Perkara ini berlaku kerana cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus di hadapan retina. 

Rabun jauh terjadi kerana bola mata yang terlalu panjang dan kuasa refraktif mata yang tinggi. 

Dalam sektor kesihatan, rabun jauh digelar sebagai myopia. 

Walaupun rabun jauh kerap berlaku tanpa mengira usia, jantina dan faktor lain, ianya boleh dirawat dan dipulih.

Nak tahu macam mana nak rabun jauh diatasi? Teruskan membaca, ok? 

Punca Rabun Jauh

rabun jauh

Sebelum mentasi masalah rabun jauh, perlulah tahu apa punca rabun jauh ni supaya perkara yang boleh dielakkan, kita elakkan, betul tak? Back to Basic orang kata

Rabun jauh adalah disebabkan masalah pembiasan atau refraktif yang berlaku bila mata tak dapat nak fokuskan cahaya dengan tepat. 

Cahaya yang difokuskan jatuh di hadapan retina dan bukannya pada retina (bahagian yang terletak di belakang bebola mata yang menukar cahaya kepada isyarat eletrik untuk dihantar ke otak dan ditafsirkan). 

Penghidap rabun jauh biasanya mempunyai bebola mata yang lebih panjang dari normal dan kornea (lapisan lutsinar di hadapan bebola mata yang membenarkan cahaya masuk) pula berbentuk bulat. 

Sehingga kini, punca yang menyebabkan bebola mata lebih panjang belum ditentukan dengan pasti tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko tersebut seperti:

  • Genetik

Jika ibu bapa anda mengalami rabun jauh, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk juga mengalaminya. 

  • Kurang pendedahan pada cahaya matahari

Seseorang yang kurang beraktiviti di luar dan terdedah pada cahaya matahari mempunyai risiko untuk menghidapi rabun jauh.

  • Kurang vitamin D 

Bila kurang cahaya matahari, maka badan pun kurang mendapat vitamin D yang boleh membawa kepada rabun jauh. 

  • Terbiasa membaca atau menonton dengan jarak yang dekat

Seseorang yang kerap membaca, menatap skrin telefon atau komputer, atau menonton terlalu dekat lebih mudah mendapat rabun jauh.

  • Mempunyai penyakit lain

Biasanya, orang yang mempunyai penyakit lain seperti penyakit kencing manis boleh menjadi rabun disebabkannya. 

  • Stress visual

Stress visual berlaku akibat kepenatan mata melakukan kerja-kerja yang melibatkan mata seperti membaca atau melihat skrin tetapi dalam tempoh yang lama.

Walaupun ada punca-punca yang tidak dapat nak dielak seperti genetik, namun banyak penyebab lain yang boleh ditambah baik dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Jika terlambat untuk anda, pastikan anak-anak anda tidak mengamalkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadi punca rabun jauh ini.

Simptom Rabun Jauh

rabun jauh

Simptom rabun jauh boleh berlaku pada sesiapa sahaja tetapi biasanya bermula pada kanak-kanak hingga remaja.

Simptom yang utama penghidap rabun jauh akan alami adalah kekaburan penglihatan apabila melihat objek-objek yang jauh tetapi dapat melihat dengan jelas objek jarak dekat. 

Dalam kanak-kanak, biasanya dapat dikesan apabila mereka tidak dapat melihat tulisan di papan hitam.

Orang dewasa pula, kalau susah nak baca papan tanda di jalan raya, mungkin anda mempunyai rabun jauh.

Disebabkan sukar untuk melihat objek yang jauh, ramai orang akan mula mengalami simptom sakit kepala terutamanya jika mereka cuba juga untuk melihat objek yang jauh itu. 

Selain itu, penghidap rabun jauh juga sering mengecilkan mata untuk melihat objek yang jauh dan mata mereka sering berair. 

Kalau anak-anak anda selalu buat begini, mungkin anda kena bawa mereka berjumpa pakar mata. 

Simptom lain yang anda boleh perhatikan adalah menggosok mata yang selalu dilakukan oleh orang yang mengalami rabun jauh kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas. 

Yang sering berlaku juga adalah membaca atau melihat skrin pada jarak yang sangat dekat iaitu kurang dari 30cm daripada muka. 

Rawatan Rabun Jauh 

rabun jauh contact lens

Jika anda mempunyai masalah rabun jauh sehingga mengganggu kualiti kehidupan anda, anda perlulah dapatkan rawatan dengan segera.

Doktor atau ahli optometri boleh mengesan rabun jauh dengan melakukan pemeriksaan mata dan berikan rawatan yang sesuai dengan anda. 

Antara rawatan yang anda boleh dapatkan adalah:

  • Memakai kanta pembetulan 

Kanta pembetulan boleh datang dalam bentuk cermin mata atau kanta lengkap (contact lens). 

Kedua alat ini membetulkan pembiasan cahaya yang masuk bagi memastikan cahaya dapat difokuskan semula pada retina di belakang mata.

Tetapi, cermin mata dan kanta lengkap ini perlulah dipilih mengikut kesesuaian mata dan cara yang paling berkesan adalah dengan mendapatkan nasihat daripada optometrist.

  • Rawatan orthokeratology (pembiasan kornea)

Rawatan ini mampu mengubah bentuk kornea dalam tempoh masa yang tertentu dengan cara memakai kanta lengkap khas yang dipakai pada waktu malam.

Kanta lengkap khas ini menstrukturkan semula bentuk kornea semasa pemakainya tidur dan apabila bangun pagi, penglihatan akan menjadi lebih baik dan jelas. 

  • Pembedahan refraktif 

Pembedahan refraktif merupakan rawatan rabun jauh secara kekal yang biasanya menggunakan lazer untuk ubah bentuk kornea. 

Kebanyakan orang yang menjalani pembedahan ini tidak lagi memerlukan cermin mata atau kanta lengkap.

Pembedahan ini perlu dilakukan oleh pakar oftalmologi kerana ianya prosedur yang serius yang melibatkan organ yang penting. 

Kalau anda merasakan anda atau anak-anak anda mengalami rabun jauh tetapi tak pasti, anda perlu lakukan pemeriksaan mata.

Pemeriksaan mata perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau dua tahun. 

Tak tahu dekat mana nak lakukan pemeriksaan mata untuk rabun jauh?

Dapatkan konsultasi pemeriksaan mata dengan kami, OPTOM MOBILE

Kami mempunyai pusat optometris sebanyak 4 cawangan iaitu di Jerteh, Bandar Jerteh, Kuala Terengganu dan Wangsa Maju.

Pakar optometris kami mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan mata lebih 12 tahun. 

Anda tak perlu risau kerana kami mahir dalam selok-belok penjagaan mata.

Antara masalah yang kami boleh bantu adalah:

  • Pandangan kabur ketika melihat objek jarak jauh atau dekat 
  • Pening kepala akibat daripada cuba mengekalkan penglihatan yang jelas
  • Perlu mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas 
  • Kesukaran melihat objek dengan kedua-dua mata

Kami menawarkan 6 jenis rawatan mata yang boleh membantu mengurangkan masalah yang anda hadapi, antaranya:

  • Pemeriksaan rabun 
  • Pemeriksaan masalah mata juling
  • Saringan saraf mata
  • Pemeriksaan masalah alahan cahaya
  • Saringan katarak/glaukoma
  • Konsultasi optometris

Kami telah membantu lebih 15,000 pelanggan yang berpuas hati, anda bila lagi?